Rasuk di rumah ayah
Assalammualaikum.. Pengalaman yang ingin saya ceritakan ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada waktu itu saya baru berumur 11 tahun. Kami sekeluarga tinggal di Johor di sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu telah dibeli oleh ayah. Pada mulanya, rumah yang kami diami itu sememangnya agak keras, mungkin kerana rumah itu sudah lama dibiarkan kosong. Macam-macam perkara yang sering terjadi dalam rumah yang kami diami itu. Walaupun saya baru berumur 11 tahun, tetapi setiap kejadian aneh yang berlaku, saya pasti akan mengingatinya. Kejadian aneh yang saya katakan antaranya dialami oleh adik saya yang berumur lima tahun. Pada waktu itu, dia ingin ke tingkat atas di biliknya selepas dia mandi. Tiba-tiba, dia menjerit dan turun ke bawah sehingga dia terjatuh dari tangga rumah kami. Ketika itu ibu dan bapa saya sedang bekerja, nenek yang melihat adik dalam ketakutan segera bertanya, "Kenapa adik menjerit tadi? Turun tangga pun sampai terjatuh?" lalu adik menj