Posts

Showing posts from 2018

Rasuk di rumah ayah

Assalammualaikum..  Pengalaman yang ingin saya ceritakan ini berlaku kira-kira 10 tahun  yang lalu. Pada waktu itu saya baru berumur 11 tahun. Kami sekeluarga  tinggal di Johor di sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu telah  dibeli oleh ayah. Pada mulanya, rumah yang kami diami itu sememangnya  agak keras, mungkin kerana rumah itu sudah lama dibiarkan kosong.  Macam-macam perkara yang sering terjadi dalam rumah yang kami diami  itu. Walaupun saya baru berumur 11 tahun, tetapi setiap kejadian aneh  yang berlaku, saya pasti akan mengingatinya.  Kejadian aneh yang saya katakan antaranya dialami oleh adik saya yang  berumur lima tahun. Pada waktu itu, dia ingin ke tingkat atas di  biliknya selepas dia mandi. Tiba-tiba, dia menjerit dan turun ke bawah  sehingga dia terjatuh dari tangga rumah kami. Ketika itu ibu dan bapa  saya sedang bekerja, nenek yang melihat adik dalam ketakutan segera  bertanya, "Kenapa adik menjerit tadi? Turun tangga pun sampai  terjatuh?" lalu adik menj

Rumah terbakar Seremban 2

Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tapi hati kitorang kuat mengatakan kata tak nak masuk, mungkin trauma.. Tunggu family Man datang dari Sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dari Banting kononnya.. Jam 11.30 pagi barulah family si Man datang sampai 3 kereta, semua adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknya.. Turun² je dari kereta pawang tu dah geleng² kepala, “rumah apa korang duduk ni..” Sambil² tu salam dengan kitorang, kata namanya Tok Sheikh, salam² je kata semangat kitorang dah kene tarik.. Kena seru balik, aku sampai sekarang tak faham apa maksud Tok Sheikh tu.. Kitorang kena suruh masuk dalam van. Hanya Tok Sheikh dengan ayah si Man je yang masuk ke dalam.. Belum masuk, baru kat pintu grill, radio yang plugnya aku dah cabut tiba² terpasang kuat menyebabkan adik bradik si Man bertempiaran lari masuk ke dalam kereta.. Dah la lagu India, mungkin masa thr raga kot, ntah la aku pun tak tau.. Dengan radio kuat bunyi

Rumah sewa berhantu dan Pak Cik Harun

Image
Al-kisahnya bermula pada waktu Ajwad baru sahaja berjaya menamatkan pelajarannya di sebuah Universiti di Ipoh, Perak. Dengan keputusannya yang agak cemerlang baik akademik mahupun kokurikulum, Ajwad berjaya mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang agak ternama di Ipoh, Perak. Ajwad adalah seorang yang baik dan agak pendiam. Dia ini jenis yang tidak suka dengan suasana yang bising. Dengan gaji yang ditawarkan oleh syarikat tersebut, dia membuat keputusan untuk menyewa sebuah rumah dan tinggal seorang diri supaya senang tidak timbul masalah antara rakan-rakan rumah berkenaan bayar sewa, bayar bil air, elektrik, astro dan sebagainya. Lagipun Ajwad adalah seorang yang anti-rokok. Khabarnya Ajwad akan mengalami sakit kepala seakan-akan migrain sekiranya dia terbau asap rokok dalam jangka masa yang panjang. Dipendekkan cerita, dia pun jumpa lah sebuah rumah yang dirasakannya amat puas hati kerana keselesaan rumah itu dan juga berbaloi dengan harga. Selepas bertemu tuan punya rumah da